untitled
viviti

                                     

AKTIVITI TAHUN 2004 - JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.

17.07.2004 - C-TWELVECLUB DI AUTO SALON BUKIT  JALIL                                                                                    

C-TWELVECLUB di auto salon (Bukit Jalil), semua ahli dan bukan ahli dijemput hadir untuk memberi sokongan. Diamtara kereta ahli yang akan dipertandingkan adalah model Iswara Aeroback 2.0T, Iswara Sedan 1.6T, Proton Saga Sedan 2.0T dan Proton Saga Sedan 1.5Twincam. Tiket untuk perlawanan bola diantara Malaysia dan Norway city boleh dibeli dengan harga RM10 - (SELESAI C12 DAPAT TEMPAT KE-2 Kategori Best Standart Modified-Bodykit Design dan gambar akan di upload di laman auto salon tidak lama lagi )

18.07.2004 - GATHERING C-TWELVECLUB  

Perjumpaan rasmi kelab di Danau Kota. Diantara aktiviti yang bakal dijalankan adalah punggutan wang pendahuluan konvoi Teluk Batik, Pendaftaran ahli baru, Bayaran yuran bulanan & perbincangan berkenaan aktiviti akan datang - (SELESAI)

25.07.2004 - C-TWELVECLUB  SUPPORT AUTO SHOW TMN BOLTON

C-TWELVECLUB akan berada di Taman Bolton Batu Caves bagi memberi sokongan kepada penganjur pertandingan Auto Show disamping mempromosi kelab. Semua ahli dan bukan ahli dijemput hadir untuk memberi sokongan - (SELESAI  Sebanyak 20 buah kereta ahli hadir untuk memberi sokongan Thanks, gam,bar akan diupload tidak lama lagi. )

08.08.2004 - GATHERING C-TWELVECLUB & SM3G CLUB                                                                                               

Pada ahad 8.8.2004 kelab telah berjaya menganjurkan satu perjumpaan diantara ahli kelab C12 dan Satria (SM3G). Pada hari tersebut sebanyak 60 buah kereta dan ahli C12 telah bersama-sama menjayakannya, manakala ahli kelab SM3G telah hadir dengan ahlinya seramai 40 Orang dan 30 buah kereta. Hasil dari perjumpaan itu semua ahli dapat mengenali antara satu sama lain dan mengetahui serba sedikit mengenai kelab masing-masing disamping mengeratkan hubungan sesama kelab. Bagi memenuhi agenda pada petang tersebut kami telah mengadakan sedikit jamuan berserta acara pemotongan kek bagi meraikan perjumpaan kami dan disusuli dengan acara bergambar beramai-ramai. Semua gambar berhubung dengan acara tersebut akan diuploadkan tidak lama lagi. Kelab C12 berharap dilain masa kelab kami akan dapat berkenalan dengan semua kelab di malaysia. - Selesai... (Gambar Didalam Gathering Picture)

04.09.2004 & 05.09.2004 - KONVOI TELUK BATIK                                                                                                   

Bagi memenuhi kalender 2004, kelab C-TWELVELCLUB akan megadakan satu lagi konvoi ke Teluk Batik, Perak. Oleh itu kepada mereka yang berminat untuk menyertai nya bolehlah mendapatkan borang penyertaan di lokasi perjumpaan rasmi atau hubunggi Ajk kelab yang terdekat. Kelab juga akan mengadakan sesi pendaftaran ahli baru apabila berada disana nanti , kepada mereka yang berada di sebelah perak boleh berkunjung ke tempat penginapan kami di CRYSTAL BAY RESORT bagi mengenali lebih dekat kelab ini dan mendapatkan lebih maklumat lanjut. No telefon AJK boleh diperolehi dengan menekan butang Contact di muka hadapan laman web kami. (SELESAI Sebanyak 20 buah kenderaan yang mengikuti percutian dan gambar telah diupload didalam konvoi picture)

12.09.2004 - PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING BERSAMA KELAB TIARA

Bagi memberi peluang kepada para ahli yang tidak berkesempatan mengikuti aktiviti terdahulu, kini sekali lagi kelab C12 bersama-sama kelab Proton Tiara telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan Bola Baling, ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli kelab C12 dan kelab Tiara. Aktiviti ini juga akan turus dijalankan setiap tahun bagi  mencapai matlamat kelab C12 untuk mengenali seluruh kelab yang tedapat di semenanjung malayisa. Lokasi perlawanan bertempat di Tmn Tasik Titiwangsa, K.L jam 5.00 - 7.00ptg. - Selesai... (Gambar Didalam Sukan Picture) 

26.09.2004 - KONVOI AUTOSHOW SENAWANG, SEREMBAN

Dah selesai, alhamdulillah dan terima kasih kepada semua ahli yang telah sama-sama menjayakan aktiviti pada hari tersebut. Untuk makluman semua, ahli yang hadir telah memperolehi barangan cenderamata dari pihak penganjur iaitu sehelai baju dan sijil penyertaan. Manakala kelab memperolehi sebuah trofi sebagai tanda penyertaan. Lebih kurang 14 buah kenderaan ahli telah menjayakan aktiviti tersebut dari awal hingga keakhir. SYABASSSS...
dan sebanyak 10 buah kelab telah menghadiri perhimpunan tersebut.

30.10.2004 - JAMUAN BERBUKA PUASA, UKAYS PERDANA AMPANG

Majlis berlangsung di RESTORAN JEES SEA FOOD & WESTERN FOOD, Ukay perdana. Ucapan ribuan terima kasih buat semua ahli kelab yang terlibat dan telah menjayakan majlis tersebut, lebih kurang 30buah kereta telah menghadiri aktiviti tersebut. Kelab juga telah menyerahkan sijil penghargaan kepada pihak restoran sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sokongan dan kerjasama yang diberikan. Syabassssss... Gambar akan diupload tidak lama lagi....

05.12.2004 - PERHIMPUNAN KELAB-KELAB DI STADIUM SHAH ALAM

Penyertaan bagi aktiviti tersebut adalah mengalakkan dikalangan ahli C12 iaitu sebanyak 28 buah kenderaan telah menyertainya, dan semua peserta telah menerima sijil dari pihak penganjur. Semoga di masa-masa akan datang lebih ramai ahli yang memberi sokongan dan diharapkan pihak penganjur dapat mempelbagaikan lagi aktiviti dihari tersebut bagi mengelakkan ke bosanan para peserta. Walauapapun TAHNIAH diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti tersebut dan sudi memperlawa kelab kami untuk bersama-sama menjayakan KBS FINAL AUTOSHOW  untuk tahun 2004. Gambar akan diupload tidak lama lagi...

18.12.2004 - MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT KELAB

Pada hari Sabtu yang lalu kelab C12 telah mengadakan satu majlis kenduri doa selamat bagi menyampaikan rasa syukur ahli kelab C12 terhadap illahi di atas kejayaan penubuhan kelab secara rasmi pada 15.09.2004 yang lalu. Majlis ini dijalankan di BANDAR UTAMA BATANG KALI (Rumah Pengerusi) dan ianya ditanggung penuh oleh kelab C12 dengan kerjasama dari penduduk Jalan Meranti ,Bandar Utama Batang Kali dan ahli keluarga pengerusi kelab C12 serta ahli kelab C12 sendiri. Terima kasih diucapkan kepada ahli yang telah bersama-sama menjayakan majlis tersebut dan ahli yang telah memberi sokongan. Lebih kurang 30 buah kenderaan ahli kelab C12 telah memenuhi perkarangan tempat majlis dijalankan. Semoga di tahun akan datang akan memperlihatkan lebih ramai ahli yang memberi sokongan. Gambar akan diupload didalam bahagian "JEMPUTAN MAJLIS".....

AKTIVITI TAHUN 2005

16.01.2005 - GATHERING & SAMBUTAN HARIJADI

Kelab C12 telah mengadakan gathering mingguan dan sambutan harijadi kelab, dan sebanyak 40 buah kereta telah menghadirinya. Diantara aktivit yang dijalankan adalah penyampaian hamper kelahiran cahayamata, sambutan harijadi dan pembentangan aktiviti tahun 2005. Tahiah kepada Ajk yang berjaya menguruskan majlis tersebut. Kerjasama  anda semoga adalah dihargai. Gambar telah diupload didalam folder "GATHERING" ..

30.01.2005 - GATHERING & SESI PENGAMBARAN DI PUTRAJAYA

Kelab C12 telah mengadakan gathering dan sesi pengambaran di Putrajaya pada hari ahad yang lalu. Aktiviti ini disertai sebanyak 40 buah kenderaan dan memperolehi kerjasama dari pihak majalah EVO. Tahniah dan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat. Gambar telah di upload didalam bahagian "GATHERING". 

19.02.2005 & 20.02.2005 - KONVOI BERKELAH DI PENGKALAN BALAK, MELAKA.

Kelab C12 telah mengadakan konvoi ke Pengkalan Balak, Melaka pada hari sabtu dan ahad yang lalu. Konvoi disertai seramai 43 orang dan 25 buah kereta. Konvoi ini sepatutnya disertai sebanyak 31 buah kereta, tetapi diatas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya gagal mengumpulkan jumlah tersebut. Walaubagaimanapun keriangan dan kemesraan pada hari tersebut begitu terserlah dengan adanya aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh kelab. Pada hari tersebut kelab telah menjalankan aktiviti Gotong-royong BBQ, Mandi-manda, Sambutan Harijadi dan cabutan bertuah. Walaupun hadiah yang disediakan untuk aktiviti cabutan bertuah tidak memberangsangkan, tetapi ianya tetap kelihatan meriah dan seronok berkat kerjasama dari seluruh ahli dan ahli keluarga yang mengikuti konvoi tersebut. Kelab mula bertolak dari Tol Sg Besi pada jam 9.30pagi dan tiba pada jam 1.30tgh. Oleh itu kami ahli jawatankuasa kelab ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli dan ahli keluarga yang telah memberikan kerjasama, dan mengharapkan dilain masa kita akan berjaya membuat konvoi terpanjang dan terbanyak. Sila klik butang " KONVOI" dimuka hadapan laman web kami untuk melihat gambar.

13.03.2005 - Perlawanan Persahabatan FUTSAL C12 vs GJMS

Pada 13.03.2005 (Ahad) yang lalu, kelab C12 telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bersama kelab GJMC bertempat di Sport Planet Sunway. Aktiviti ini disertai seramai 60 org dan 30 orang pemain. Aktiviti ini berjaya mengeratkan hubungan kedua-dua buah kelab, dan kami berharap dilain masa kami berpeluang mengadakan pelawanan persahabatan sekali lagi. Aktiviti ini berjalan dengan lancar berkat kejasama diantara kedua-dua belah pihak. Bagi makluman, pelawanan ini dimenangi oleh kelab GJMC. Ucapan Tahniah dan terima kasih untuk pemenang dan ahli kelab yang turut hadir. Syabassssss.

27.03.2005 - Perlawanan Persahabatan BOLA C12 vs NSTP

Pada 27.03.2005, yang lalu kelab C12 sekali lagi telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama kakitangan NSTP. Walaupun perlawanan ini diadakan didalam keadaan cuaca hujan, tetapi dengan semangat yang ditunjukan dari penyokong dan pemain dari kedua-dua belah pihak menjadikan perlawanan ini agak meriah dan menyeronokan. Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan C12. Ucapan terima kasih buat semua ahli yang  telah hadir dan tidak lupa juga kepada ahli keluarga serta pemain kakitangan NSTP dan pengadil yang telah menjayakan aktiviti ini. Bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawan persahabatan C12 seterusnya, sentiasalah mengikuti perkembangan kami.

15.05.2005 - KONVOI PERHIMPUNAN TERBESAR KELAB KERETA, STADIUM MELAWATI SHAH ALAM.

Pada 15.05.2005 kelab C12 telah menerima jemputan untuk perhimpunan kelab-kelab sempena Festival Pemotoran Belia Cemerlang 2005, sebanyak 30 buah kenderaan C12 menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Kereta Malaysia (KMC) dengan kerjasama Belia 4B. Setiap ahli yang mengikuti aktiviti tersebut telah menerima sijil penyertaan. Selain itu pelbagai kelab-kelab kereta telah bersama-sama menyokong aktiviti tersebut.

21.05.2005-23.05.2005 - KONVOI HARI KELUARGA, CAMERON HIGHLANDS.

Pada 21-23 May yang lalu kelab C12 telah berjaya menganjurkan konvoi hari keluarga bertempat di Cameron Highlands. Sebanyak 28 buah kenderaan dan 50 orang dewasa menyertai konvoi tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk Treasurehunt, mencari telur puyuh yang ganjil, cabutan betuah, melawat taman sekitar cameron highlands dan lain-lain. Terima kasih kepada pihak penginapan "Apartment Villa Dahlia" iaitu Mr. Chong kerana banyak memberikan kerjasama semasa aktiviti tersebut dijalankan. Semoga hubungan yang terjalin akan berkekalan hingga keakhir hayat.

10.07.2005 - INDOOR GAMES - FUTSAL, DI SEGAMBUT

Pada 10.07.2005, kelab C12 telah mengadakan satu acara sukan bagi menarik minat para ahli agar terus bersukan. Oleh itu satu permainan futsal dalaman telah diadakan bertempat di Segambut. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara ahli dan memupuk semangat kesukanan didalam diri setiap ahli. Lebih kurang 20 buah kenderaan telah menghadiri aktiviti tersebut. Permainan ini bermula pada jam 2.00ptg dan berakhir jam 4.00ptg. Selain itu permainan dan minuman pada hari tersebut ditaja sepenuhnya oleh kelab C12.

17.07.2005 - BERKELAH DI ULU YAM BAHARU

Pada 17.07.2005 yang lalu kelab C12 telah mengadakan aktiviti hari keluarga bertempat di Wood Resort, Ulu Yam Baharu. Aktiviti ini di taja sepenuhnya oleh pihak kelab. Sebanyak 30 buah kenderaan menghadiri aktiviti ini dan syukur alhamdulillah aktiviti itu telh berjaya dilaksanakan dengan baik dengan sokongan ahli dan ahli Jawatankuasa. Kami berharap dilain masa akan lebih ramai ahli yang turut menyertai aktiviti yang diijalankan oleh pihak kelab.

21.08.2005 - KONVOI KENDURI KAHWIN DI PAHANG

Pada 21.08.2005, kelab C12 telah mengadakan konvoi untuk menghadiri majlis kenduri kahwin ahli di Pekan Karak, Pahang (Adleen). Konvoi disertai sebanyak 16 buah kenderaan dan kami bersama-sama mengiringi kereta pengantin ke majlis tersebut. Jumlah kenderaan agak berkurangan berikutan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

25.09.2005 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, GRAND PACIFIC HOTEL K.L.

Pada 25.09.2005, kelab C12 buat julung pertamanya telah berjaya mengdakan mesyuarat agung yang pertamanya. Mesyuarat tersbut dihadiri sebanyak 43/81 orang dari jumlah ahli berdaftar. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pemilik Mitsubishi Lancer Malaysia (PEMILANC) iaitu sdr. Mohd Jais B. Hadis. Masjis berjalan lancar dan berjaya memperolehi beberapa keputusan bagi mengorak langkah kelab bagi tahun 2005/2007.

 22.10.2005 - MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB C12, SAKURA KAFE WANGSA MAJU K.L.

Pada 22.10.2005, kelab C12 buat kali keduanya berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bagi tahun 2005. Kelab C12 juga telah berjaya menganjurkan majlis yang sama pada tahun 2004 bertempat di Ukays Perdana, K.L. Majlis pada tahun ini lebih memberangsangkan dari tahun sebelumnya, dimana ianya disertai sebanyak 34buah kenderaan dan seramai 50 orang dewasa dan kanak-kanak. Majlis ini juga mendapat liputan dari pihak akhbar "Utusan Malaysia" yang secara kebetulan ingin mengadakan temuduga bersama kelab C12 bagi keluaran edisi  Hari Raya diruangan kelab. 

08.01.2006 - AUTOSHOW UIA, GOMBAK

Pada 08.01.2006, kelab C12 telah menjalankan aktiviti pertamanya dengan memberi sokongan kepada penganjur-penganjur autoshow. Sebanyak 24 buah kenderaan dan seramai 30orang ahli telah bersama-sama memberi sokongan terhadap aktiviti tersebut dan ucapan terima kasih kepada ahli yang telah sanggup mengorbankan pagi minggu mereka semata-mata untuk memberikan sokongan kepada pihak penganjur dan kelab. Selain itu pelbagai kelab-kelab kereta yang lain juga turut memberi sokongan seperti, Daihatshu, Ad Resort, honda dan pelbagai lagi. Sila klik gambar dibawah untuk melihat gambar selebihnya.

18.02.2006 - MAJLIS BACAAN TAHLIL, TMN. GOMBAK

Pada 18.02.2006, kelab telah menganjurkan aktiviti julung pertama iaitu majlis bacaan tahlil bagi disedekahkan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Aktiviti ini dijalankan bagi mengingatkan para ahli kepada ahli keluarga yang telah lama meninggalkan kita, disamping mengingatkan bahawa selain berkelab para ahli juga perlu menunaikan tanggungjawab kepada tuhan.

04-05.03.2006 - KONVOI HARI KELUARGA KE FRASSER HILL.

Pada 4 & 5 03.2006, kelab telah berjaya mengadakan konvoi yang pertama untuk tahun 2006. Konvoi pada tahun ini adalah bertempat di Bukit Frasser. Aktiviti disertai sebanyak 32 buah kenderaan dan 70orang ahli dan ahli keluarga. Walaupun aktiviti ini dijalankan dalam masa yang singkat, tetapi ianya berjaya mengujudkan suasana keseronokan kerana pelbagai aktiviti yang dijalankan, termasuk pakaian paling kreatif yang dimenangi oleh sdr. Hamzah.

12.03.2006 - KONVOI KENDURI KAHWIN - Sdr. SUDIRMAN a.k.a MANTOL

Pada 12.03.2006, satu konvoi menghadiri majlis perkahwinan ahli kelab telah diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut. Sebanyak 15buah kenderaan telah memenuhi perkarangan tempat letak kereta di rumah beliau. Walaupun kehadiran agak tidak beberapa ramai, tetapi ianya berjaya mengujudkan suasana kemeriahan dengan kehadiran para ahli kelab C12.

21.04.2006 - SPORT PLANET, BANDAR SUNWAY 

Pada 21.04.2006, kelab C12 telah mengadakan aktiviti sukan futsal indoor game bagi permulaan aktiviti sukan tahun 2006. Bagi aktiviti ini semua ahli diwajibkan menyertainya, oleh itu lebih kurang 40org ahli telah bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut. Melalui aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara ahli baru dan lama. Oleh itu kelab akan terus menganjurkan aktiviti sebegini dimasa-masa akan datang.

21.05.2006 - KONVOI KENDURI KAHWIN - Sdr. METRAH a.k.a ABG MET

Pada 21.05.2006, satu konvoi menghadiri majlis perkahwinan ahli kelab telah diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut. Sebanyak 18buah kenderaan telah memenuhi perkarangan tempat letak kereta di rumah beliau. Walaupun kehadiran agak tidak beberapa ramai, tetapi ianya berjaya mengujudkan suasana kemeriahan dengan kehadiran para ahli kelab C12.

1. Mesyuarat Agung Tahunan 2007 - (25hb February 2007)

2. Konvoi Hari Keluarga - Janda Baik - (15 February 2007)

2. Konvoi Jelajah Selatan - (July 2007)

3. Konvoi Kibar Jalur Gemilang - (31/8 - 2/9 September 2007)

COMMING SOON

1. Sukan Bola Tampar (27 January 2008)

2. Konvoi Kenduri Kahwin (Raub & Jengka, Pahang) - (February 2008)

3. Mesyuarat Agung Tahunan - (24 February 2008)

3. Tournament Futsal C12 - (March 2008)

6. Konvoi Ke Cherating, Pahang - ( May 2008)

 

Back To Main Page


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com